KERTAS KERJA PAMERAN
KERTAS KERJA
PAMERAN INOVASI DAN KREATIVITI BBM BACAAN
TARIKH
09 Mei 2017
TEMPAT
Blok 8 Aras bawah Bilik Kuliah 4
ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033)
Semester 2 Sesi 2016/2017
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan daripada pihak universiti untuk melaksanakan pameran.
i. Untuk mendapatkan kelulusan melaksanakan pameran.
ii. Untuk memudahkan pengorganisasian sesebuah pameran dijalankan.
2.0 PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri mengenai bahan bantu mengajar. Di samping itu, pameran ini juga dibentuk bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i supaya lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
3.6 Tujuan pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
i. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
ii. Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan berinovasi.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
i. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
ii. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
iii. Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berinovasi.
iv. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.
6.0 JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan inovasi. Seterusnya, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri peserta. Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.
7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program : Pameran Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan
Tarikh : 09 Mei 2017
Hari : Selasa
Tempat : Blok 8 Aras Bawah Bilik Kuliah 4
8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 59 orang pelajar kelas BMK 3033. Keterampilan Membaca Semester 2 Sesi 2016/2017 di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
9.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
|
AKTIVITI
|
4.00 - 4.30 Petang
|
Persiapan setiap kumpulan
|
4.30 - 4.40 Petang
|
Ketibaan Pensyarah
|
4.40- 4.50 Petang
|
Keterangan daripada Pensyarah
|
4.50 – 6.30 Petang
|
Pameran dimulakan
-Penilaian oleh rakan sekelas
-Penilaian oleh pensyarah
|
6.30 Petang
|
Bersurai
|
10.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penasihat
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Pengarah Program
Mimi Farhana binti Mohd Yusoff
Timbalan Pengarah Program
Azlinda binti Suhafa
Setiausaha
Nurul Jannah binti Roslan
Naib Setiausaha
Nor Haslynda binti Lilie
Bendahari
Nor Ezatie binti Ismail
Naib Bendahari
Shaidatul Firzanah binti Rozaimi
11.0 ANGGARAN KEWANGAN
PENDAPATAN
| ||||
BIL
|
PERKARA
|
PER (RM)
|
UNIT
|
JUMLAH (RM)
|
1
|
Kertas warna
|
5.00
|
1
|
5.00
|
2
|
Marker
|
2.00
|
4
|
8.00
|
3
|
Kad manila
|
1.00
|
2
|
2.00
|
4
|
Kertas A4
|
0.10
|
5
|
0.50
|
5
|
Mounting board
|
4.00
|
1
|
4.00
|
6
|
Double tape
|
1.50
|
1
|
1.50
|
7
|
pelekat
|
1.00
|
1
|
1.00
|
8
|
print
|
1.50
|
1
|
1.50
|
Jumlah Keseluruhan : RM23.50
12.0 PENUTUP
Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan pameran ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini untuk mengadakan pameran tersebut. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh:
|
Nurul Jannah binti Roslan
Setiausaha,
Pameran Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Disemak oleh:
|
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Penaung Program,
Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
Tandatangan : ………………………………
Tarikh : ………………………………
|
Comments
Post a Comment