BAHAN BANTU MENGAJAR

Muka Hadapan


BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA
TAJUK TUGASAN


Bahan Bantuan Mengajar
(Laporan Bertulis)

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
NO. MATRIK
MIMI FARHANA BINTI MOHD YUSOFF
D20151071252
SHAIDATUL FIRZANAH BINTI ROZAIMI
D20151071256
AZLINDA BINTI SUHAFA
D20151070449
NOR HASLYNDA BINTI LILIE
D20151070466
NOR EZATIE BINTI ISMAIL
D20151070483
NURUL JANNAH BINTI ROSLAN
D20151070439

KUMPULAN:  A

NAMA PENSYARAH:  PROF MADYA DR DAHLIA BT JANAN


TARIKH SERAH:  1 MEI 2017





       DEFINISI
Alat bantu mengajar boleh ditakrifkan sebagai sebahagian daripada media pengajaran. Hal ini kerana ia berperanan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Perkara ini dapat dilihat melalui penggunaan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya memberi kefahaman yang lebih berkesan kepada para pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep ‘bulat’, guru menunjukkan satu objek atau gambar yang berbentuk bulat seperti bola dan sebagainya yang dapat memudahkan pelajar untuk mengenalinya dengan lebih mudah dan cepat berbanding dengan hanya melukiskan bentuk tersebut semata-mata di papan hitam. Melalui gambaran sebegini sudah pasti memudahkan para pelajar untuk membezakan setiap bentuk-bentuk tersebut seperti bentuk segi tiga, segi empat, dan sebagainya. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa alat bantu  mengajar merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan alat bantu mengajar dalam pelbagai bentuk simbol, komunikasi verbal yang abstrak juga dapat diperjelaskan. Hal ini kerana melalui pengguanaan alat bantu mengajar ini ia dapat memudahkan pelajar untuk memahami sukatan kandungan sesuatu pelajaran tersebut dengan baik. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif dalam diri pelajar dengan menimbulkan minat untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar bagi teknik Know, What, Learn (KWL) akan memudahkan pelajar untuk menguasai sesuatu subjek dengan lebih berkesan.

      JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh seseorang guru dan pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, Noor Din Maulud (1999) turut menyatakan bahawa guru seharusnya menyampaikan pengajaran sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari aspek perancangan kaedah penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi. Bahan bantu mengajar ini bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar tetapi ia juga mestilah merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, serta merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh pelajar.
Di samping itu, bahan bantu mengajar ini bukan hanya dalam bentuk bahan tradisional seperti bahan bukan elektronik, namun ia juga terbahagi kepada tiga kategori iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik serta bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Pada masa kini, penggunaan alatan elektronik sebagai bahan bantu mengajar ini sudah berkembang dengan pesat dan meluas dalam dunia pendidikan. Oleh itu, sektor pendidikan juga perlu bergerak maju seiring dengan perkembangan dunia. Bahan bantu mengajar yang diguna pakai oleh guru dalam pengajarannya adalah berfungsi untuk memudahkan penyampaian maklumat disampaikan kepada pelajar dan mengatasi sifat pelajar yang pasif untuk lebih cenderung dan aktif semasa proses pengajaran berlaku, meningkatkan persepsi dalam kalangan pelajar, serta memberikan persamaan pengalaman terhadap para pelajar.

Oleh sebab itu, guru sewajarnya mengaplikasikan bahan bantu mengajar di sekolah agar pelajar dapat meningkatkan daya pemikiran dan memantapkan ilmu pengetahuan mereka di samping dapat menarik minat belajar. Antara bahan bantu mengajar yang baik dan berkesan ialah bahan bantu mengajar berbentuk elektronik ialah slide, radio, VCR, tayangan filem, komputer, transpirensi, dan overhead projektor (OHP) . Bagi bahan bantu mengajar bukan elektronik pula terdiri daripada carta, kad cantum, kad imbasan, gambar, bahan bacaan, papan pengajaran, model dan grafik. Seterusnya, bahan berdasarkan pengamalan dan bahan sebenar dari alam semulajadi seperti lakonan, lawatan, pantomim dan pameran.
Bahan bantu mengajar ini sebenarnya diaplikasikan untuk merangsang minat pelajar dan menarik minat pelajar tersebut. Dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik akan memberikan kesan yang positif kepada pelajar, yang mana ia akan mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan meningkatkan pengetahuan para pelajar apabila pelajar melihatnya secara langsung.

       KEBAIKAN ALAT BANTU MENGAJAR
Alat bantu mengajar memberi pelbagai kebaikan dalam proses pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar memberi gambaran tentang kesediaan guru untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang bijak menggunakan kepelbagaian bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran kerana melalui kepelbagaian tersebut ia dapat menarik minat pelajar untuk memberi perhatian kepada topik pengajaran yang sedang dibincangkan. Adunan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dapat menghilangkan rasa bosan dalam diri pelajar untuk meneruskan sesi pengajaran khususnya pada subjek yang sukar untuk difahami seperti subjek Matematik.
Penggunaan alat bantu mengajar sudah pasti dapat melahirkan semangat dalam diri pelajar untuk belajar. Semangat yang ditunjukkan oleh pelajar ini sudah pasti menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Namun begitu, para guru perlu memastikan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan adalah bersesuaian dengan topik yang akan diajar di dalam bilik darjah. Ketidaksesuaian topik yang diajar akan menimbulkan kekeliruan dalam diri pelajar. Oleh itu, bersesuaianlah dengan pendapat Jasmi dan Tamuri (2007) yang  mengatakan bahawa bahan bantu mengajar itu mestilah yang paling memberi kesan kepada pelajar.
Pernyataan ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memberikan kesan yang lebih mendalam kepada kefahaman pelajar. Sebagai contoh, jika seorang guru Geografi menayangkan video berkenaan kejadiaan proses luluhawa kepada pelajar untuk memberi gambaran keseluruhan tentang proses tersebut adalah lebih memberi kesan kepada pelajar berbanding dengan hanya menerangkan secara lisan semata-mata. Oleh itu, penerangan secara lisan ditambah dengan penayangan video tersebut pasti dapat membantu pelajar untuk lebih memahami intipati subjek dengan lebih baik.
Seterusnya, bahan bantu mengajar juga membantu pelajar untuk mendalami sesuatu subjek dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, penggunaan imej visual dapat membantu pelajar untuk mengingati sesuatu topik dengan lebih jelas. Hal ini dijelaskan oleh Murihah et al (2015) yang mengatakan bahawa kaedah ingatan melalui imej dan visual adalah kaedah yang terbaik kepada pelajar untuk mengingat semula hafalan. Sebagai contoh, jika guru memberi penerangan tentang fizikal haiwan seperti monyet bersama dengan imej visual, sudah tentu pelajar akan lebih mengingati fizikal haiwan tersebut dengan lebih mudah.
Selanjutnya, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat menajamkan pemikiran pelajar. Sebagai contoh, guru bahasa Melayu menggunakan aplikasi kahoot dalam menguji kepantasan pemikiran pelajar dalam menjawab soalan yang diajukan berdasarkan masa yang telah ditetapkan bagi setiap soalan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar akan bersugguh-sungguh memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin agar dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan. Oleh itu jelas bahawa kaedah ini boleh membantu menajamkan fikiran pelajar kerana memerlukan pelajar berfikir dengan lebih pantas.
Di samping itu, bahan bantu mengajar juga dapat mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni di dalam bilik darjah. Hal ini jelas dapat dilihat apabila menggunakan alat bantu mengajar, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dan sekaligus hal ini juga dapat mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan situasi guru yang hanya berdiri di hadapan dan mengajar menggunakan kaedah lisan. Pengajaran secara lisan semata-mata akan menyebabkan pelajar mudah merasa bosan, mengantuk dan akhirnya suasana pembelajaran akan menjadi kelam. Oleh hal yang demikian, bahan bantu mengajar sememangnya memberi banyak manfaat kepada sesi pengajaran dan pembelajaran.
KELEMAHAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Setiap kelebihan pasti ada kelemahan, begitu juga dengan alat bantu mengajar yang mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Secara amnya, bahan bantu mengajar ini sangat penting dalam proses pembelajaran kerana ia digunakan semasa proses pembelajaran berlangsung. Merujuk kepada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa faktor yang menjadi kekangan atau halangan kepada penggunaan bahan sumber di dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dikenal pasti semasa berada di dalam bilik darjah.
Antara faktor utama kelemahan bahan bantuan mengajar adalah masalah kekurangan guru pakar dalam sesuatu bidang. Kekurangan guru pakar dalam sesuatu bidang ini akan menyebabkan proses pembelajaran tidak dapat berjalan dengan cara yang berkesan. Hal ini kerana, setiap guru mempunyai bidang kemahirannya yang tersendiri. Sekiranya, guru lain yang mengajar sesuatu bidang yang bukan daripada bidangnya sudah pasti pengajaran yang dilaksanakan tidak berkesan. Oleh itu, keberadaan guru pakar dalam sesuatu bidang amat penting agar proses pengajaran  dapat berjalan dengan baik.
Seterusnya, kekurangan bahan bantu mengajar. Kekurangan bahan bantu mengajar akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar. Contohnya, bahan utama yang di perlukan semasa subjek Geografi adalah peta. Sekiranya guru tidak mengunakan peta sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sudah pasti akan menimbulkan kesukaran kepada pelajar untuk mengetahui sesuatu tempat yang diterangkan oleh guru. Hal ini akan mengambarkan bahaawa guru tersebut tidak dapat mengaplikasikan alat atau bahan bantu mengajar tersebut dengan baik semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Malah, hal ini juga turut mendatangkan masalah kepada pelajar kerana pelajar tersebut tidak dapat memahami subjek yang diajar dengan baik.
Seterusnya, penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak bersesuaian dengan pemikiran pelajar. Penggunaan alat bantu mengajar yang tidak bersesuaian dengan peringkat umur pelajar menyebabkan pelajar mengalami masalah untuk memahami sesuatu topik yang diajarkan kepadanya. Sebagai contoh, pelajar tingkat satu yang memiliki tahap IQ yang masih  rendah diberikan tugasan untuk mentaksir sesuatu bahan reptika sudah pasti mendatangkan masalah kepada dirinya kerana keupayaannya tidak sampai lagi pada tahap yang sepatutnya.  Oleh itu, guru mestilah bijak dan pandai dalam memilih bahan yang bersesuaian dengan keupayaan pemikiran pelajar supaya sesi pengajaran dapat berjalan dengan lancar.
Secara keseluruhannya, alat bahan bantuan mengajar ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kelemahan. Sekiranya dilihat dari segi kelemahan sebenarnya banyak berpunca daripada sikap guru itu sendiri. Hal ini bermungkinan disebabkan oleh guru tersebut merupakan guru pelatih ataupun guru yang bukan pakar dalam sesuatu bidang tersebut untuk mengajar. Oleh itu, dalam era pembangunan yang canggih ini, guru haruslah bijak dalam memanfaat kemudahan kemajuan teknologi dengan sebaiknya agar dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

      MENGAPA BAHAN BANTU MENGAJAR DIPERLUKAN
Bahan bantu mengajar merupakan satu bahan yang membantu dalam rangsangan dunia pelajar dan guru bagi menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovatif. Bahan bantu mengajar ini terdiri daripada beberapa kategori iaitu media elektonik dan juga bukan elektronik.
Antara sebab bahan bantu mengajar diperlukan ialah bertujuan untuk  memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran bermaksud sesuatu tugasan dan aktiviti  yang diusahakan bersama  guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan oleh guru  secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif  untuk belajar bagi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, seseorang guru yang berpengetahuan luas sudah pasti akan menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pengunaan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru mestilah dapat memberikan impak yang mendalam kepada setiap pelajar. Hal ini supaya pelajar dapat mengingati apa yang dipelajari dalam jangka waktu yang lama tentang  bahan bantu mengajar yang mereka lihat. Penggunaan bahan bantu mengajar tentunya akan meningkatkan daya tumpuan semasa belajar. Guru tersebut hanya perlu memberikan penerangan kepada alat bahan bantu mengajar tersebut. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lebih mudah.
Seterusnya, bahan bantu mengajar juga diperlukan bagi mewujudkan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang dibuat oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran pasti akan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Guru akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat sekaligus menjurus kepada komunikasi dua hala melalui proses pertanyaan soalan.
Bukan itu sahaja, bahan bantu mengajar juga dapat menjadikan proses pengajaran menjadi lebih menarik. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan bahan media elektronik seperti kad huruf dan kad suku kata semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Cara ini membolehkan guru  mengukur keupayaan pelajar sama ada mereka ‘celik huruf’ atau ‘buta huruf’. Melalui penggunaan bahan bantu tersebut, guru dapat mengenalpasti keupayaan setiap pelajar dan memastikan para pelajar bersedia untuk meneruskan pembelajaran ataupun tidak. Dalam memberikan pengalaman baharu kepada para pelajar pula adalah dengan menjadikan  pengajaran yang disampaikan oleh guru menjadi menarik  sehingga pelajar berasa seronok dengan cara yang ditunjukkan oleh guru mereka.
Akhir sekali, bahan bantu mengajar juga diperlukan bagi membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahan bantu mengajar boleh digunakan dalam menyampaikan pengajaran  dan pembelajaran. Antaranya ialah seperti media elektronik dan bukan elektronik. Penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan pelajar untuk memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan. Penggunaan bahan bantu mengajar juga turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria. Antaranya ialah melalui pengunaan deria sentuh, deria penglihatan dan deria pendengaran. Melalui pendekatan berikut, proses pemahaman terhadap penulisan dan perbendaharaan kata melalui pembacaan dapat dipertingkatkan.

       KESIMPULAN
Penggunaan alat bantu mengajar berkemampuan dalam memberikan pengalaman dan pandangan yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu, pencapaian para pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu mengajar. Hal ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan  dan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

      BIBILIOGRAFI
Jasmi, K. A. & Tamuri, A. H. (2007). Pendidikan Islam : Kaedah Pengajaran &
Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

Murihah Abdullah, Abdul Hafiz Abdullah, Arieff Salleh Rosman, & Mohd Faeez Ilias
(2015). Garis Panduan Hafiz al-Quran Menurut Pandang al-Nawawi. 12-14
Oktober 2015. International Conference on Islamic Education and Social

Entrepreneurship 2015 (ICIESE2015). Resort World, Langkawi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAHAN BANTU MENGAJAR

KERTAS KERJA PAMERAN

PENGENALAN