BAHAN BANTU MENGAJAR
Muka Hadapan
BMK3033 KETRAMPILAN
MEMBACA
TAJUK TUGASAN
Bahan
Bantuan Mengajar
(Laporan
Bertulis)
|
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
|
NO. MATRIK
|
MIMI FARHANA BINTI
MOHD YUSOFF
|
D20151071252
|
SHAIDATUL FIRZANAH
BINTI ROZAIMI
|
D20151071256
|
AZLINDA BINTI
SUHAFA
|
D20151070449
|
NOR HASLYNDA BINTI
LILIE
|
D20151070466
|
NOR EZATIE BINTI
ISMAIL
|
D20151070483
|
NURUL JANNAH BINTI
ROSLAN
|
D20151070439
|
KUMPULAN: A
NAMA PENSYARAH: PROF MADYA DR
DAHLIA BT JANAN
TARIKH SERAH:
1 MEI 2017
DEFINISI
Alat bantu mengajar boleh ditakrifkan
sebagai sebahagian daripada media pengajaran. Hal ini kerana ia berperanan
sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya berfungsi dalam
perlaksanaan sesuatu pengajaran. Perkara ini dapat dilihat melalui penggunaan
gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya memberi kefahaman yang lebih
berkesan kepada para pelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep ‘bulat’, guru
menunjukkan satu objek atau gambar yang berbentuk bulat seperti bola dan
sebagainya yang dapat memudahkan pelajar untuk mengenalinya dengan lebih mudah
dan cepat berbanding dengan hanya melukiskan bentuk tersebut semata-mata di
papan hitam. Melalui gambaran sebegini sudah pasti memudahkan para pelajar
untuk membezakan setiap bentuk-bentuk tersebut seperti bentuk segi tiga, segi
empat, dan sebagainya. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa alat bantu mengajar merupakan salah satu elemen yang
amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan alat bantu mengajar dalam pelbagai bentuk simbol, komunikasi
verbal yang abstrak juga dapat diperjelaskan. Hal ini kerana melalui
pengguanaan alat bantu mengajar ini ia dapat memudahkan pelajar untuk memahami
sukatan kandungan sesuatu pelajaran tersebut dengan baik. Penggunaan media
pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif dalam diri
pelajar dengan menimbulkan minat untuk belajar, meningkatkan interaksi dan
kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang
lebih mengembirakan dan menyeronokan. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar bagi
teknik Know, What, Learn (KWL) akan memudahkan pelajar untuk menguasai sesuatu
subjek dengan lebih berkesan.
JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala
kelengkapan yang digunakan oleh seseorang guru dan pelajar untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, Noor Din
Maulud (1999) turut menyatakan bahawa guru seharusnya menyampaikan pengajaran
sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari aspek perancangan kaedah
penyampaian, pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mencukupi.
Bahan bantu mengajar ini bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis,
kapur dan gambar-gambar tetapi ia juga mestilah merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera,
serta merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh pelajar.
Di samping itu, bahan bantu mengajar
ini bukan hanya
dalam bentuk bahan tradisional seperti bahan bukan elektronik, namun ia juga
terbahagi kepada tiga kategori iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik,
bahan bantu mengajar elektronik serta bahan bercorak pengalaman dan bahan
sebenar. Pada masa kini, penggunaan alatan elektronik sebagai bahan bantu
mengajar ini sudah berkembang dengan pesat dan meluas dalam dunia pendidikan.
Oleh itu, sektor pendidikan juga perlu bergerak maju seiring dengan
perkembangan dunia. Bahan bantu mengajar yang diguna pakai
oleh guru dalam pengajarannya adalah berfungsi untuk memudahkan penyampaian
maklumat disampaikan kepada pelajar dan mengatasi sifat pelajar yang pasif
untuk lebih cenderung dan aktif semasa proses pengajaran berlaku, meningkatkan
persepsi dalam kalangan pelajar, serta memberikan persamaan pengalaman terhadap
para pelajar.
Oleh
sebab itu, guru sewajarnya mengaplikasikan bahan bantu mengajar di sekolah agar
pelajar dapat meningkatkan daya pemikiran dan memantapkan ilmu pengetahuan
mereka di samping dapat menarik minat belajar. Antara bahan bantu mengajar yang
baik dan berkesan ialah bahan bantu mengajar berbentuk elektronik ialah slide,
radio, VCR, tayangan filem, komputer, transpirensi, dan overhead projektor
(OHP) . Bagi bahan bantu mengajar bukan elektronik pula terdiri daripada carta,
kad cantum, kad imbasan, gambar, bahan bacaan, papan pengajaran, model dan
grafik. Seterusnya, bahan berdasarkan pengamalan dan bahan sebenar dari alam
semulajadi seperti lakonan, lawatan, pantomim dan pameran.
Bahan
bantu mengajar ini sebenarnya diaplikasikan untuk merangsang minat pelajar dan menarik
minat pelajar tersebut. Dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik akan
memberikan kesan yang positif kepada pelajar, yang mana ia akan mengekalkan
keberkesanan pengetahuan dan meningkatkan pengetahuan para pelajar apabila pelajar
melihatnya secara langsung.
KEBAIKAN ALAT BANTU MENGAJAR
Alat
bantu mengajar memberi pelbagai kebaikan dalam proses pembelajaran. Penggunaan alat
bantu mengajar memberi gambaran tentang kesediaan guru untuk memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru yang bijak menggunakan kepelbagaian bahan
bantu mengajar dalam sesi pengajaran kerana melalui kepelbagaian tersebut ia dapat
menarik minat pelajar untuk memberi perhatian kepada topik pengajaran yang
sedang dibincangkan. Adunan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dapat
menghilangkan rasa bosan dalam diri pelajar untuk meneruskan sesi pengajaran
khususnya pada subjek yang sukar untuk difahami seperti subjek Matematik.
Penggunaan alat bantu mengajar
sudah pasti dapat melahirkan semangat dalam diri pelajar untuk belajar.
Semangat yang ditunjukkan oleh pelajar ini sudah pasti menyebabkan objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Namun begitu, para guru perlu
memastikan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan adalah bersesuaian dengan
topik yang akan diajar di dalam bilik darjah. Ketidaksesuaian topik yang diajar
akan menimbulkan kekeliruan dalam diri pelajar. Oleh itu, bersesuaianlah dengan
pendapat Jasmi dan Tamuri (2007) yang mengatakan bahawa bahan bantu mengajar itu
mestilah yang paling memberi kesan kepada pelajar.
Pernyataan ini menunjukkan bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memberikan kesan yang lebih
mendalam kepada kefahaman pelajar. Sebagai contoh, jika seorang guru Geografi
menayangkan video berkenaan kejadiaan proses luluhawa kepada pelajar untuk
memberi gambaran keseluruhan tentang proses tersebut adalah lebih memberi kesan
kepada pelajar berbanding dengan hanya menerangkan secara lisan semata-mata. Oleh
itu, penerangan secara lisan ditambah dengan penayangan video tersebut pasti
dapat membantu pelajar untuk lebih memahami intipati subjek dengan lebih baik.
Seterusnya, bahan bantu mengajar juga
membantu pelajar untuk mendalami sesuatu subjek dengan lebih berkesan. Sebagai
contoh, penggunaan imej visual dapat membantu pelajar untuk mengingati sesuatu
topik dengan lebih jelas. Hal ini dijelaskan oleh Murihah et al (2015) yang
mengatakan bahawa kaedah ingatan melalui imej dan visual adalah kaedah yang
terbaik kepada pelajar untuk mengingat semula hafalan. Sebagai contoh, jika
guru memberi penerangan tentang fizikal haiwan seperti monyet bersama dengan
imej visual, sudah tentu pelajar akan lebih mengingati fizikal haiwan tersebut
dengan lebih mudah.
Selanjutnya, penggunaan bahan bantu
mengajar juga dapat menajamkan pemikiran pelajar. Sebagai contoh, guru bahasa
Melayu menggunakan aplikasi kahoot dalam menguji kepantasan pemikiran pelajar
dalam menjawab soalan yang diajukan berdasarkan masa yang telah ditetapkan bagi
setiap soalan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar akan bersugguh-sungguh
memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin agar dapat menjawab semua
soalan yang dikemukakan. Oleh itu jelas bahawa kaedah ini boleh membantu menajamkan
fikiran pelajar kerana memerlukan pelajar berfikir dengan lebih pantas.
Di samping itu, bahan bantu
mengajar juga dapat mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni di dalam bilik
darjah. Hal ini jelas dapat dilihat apabila menggunakan alat bantu mengajar,
pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dan sekaligus hal ini juga dapat
mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berbanding dengan situasi guru yang hanya berdiri di hadapan dan
mengajar menggunakan kaedah lisan. Pengajaran secara lisan semata-mata akan
menyebabkan pelajar mudah merasa bosan, mengantuk dan akhirnya suasana
pembelajaran akan menjadi kelam. Oleh hal yang demikian, bahan bantu mengajar
sememangnya memberi banyak manfaat kepada sesi pengajaran dan pembelajaran.
KELEMAHAN BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Setiap
kelebihan pasti ada kelemahan, begitu juga dengan alat bantu mengajar yang
mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Secara amnya, bahan bantu mengajar ini
sangat penting dalam proses pembelajaran kerana ia digunakan semasa proses
pembelajaran berlangsung. Merujuk kepada kajian yang dijalankan, terdapat
beberapa faktor yang menjadi kekangan atau halangan kepada penggunaan bahan
sumber di dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dikenal pasti
semasa berada di dalam bilik darjah.
Antara faktor utama kelemahan bahan
bantuan mengajar adalah masalah kekurangan guru pakar dalam sesuatu bidang.
Kekurangan guru pakar dalam sesuatu bidang ini akan menyebabkan proses
pembelajaran tidak dapat berjalan dengan cara yang berkesan. Hal ini kerana,
setiap guru mempunyai bidang kemahirannya yang tersendiri. Sekiranya, guru lain
yang mengajar sesuatu bidang yang bukan daripada bidangnya sudah pasti
pengajaran yang dilaksanakan tidak berkesan. Oleh itu, keberadaan guru pakar
dalam sesuatu bidang amat penting agar proses pengajaran dapat berjalan dengan baik.
Seterusnya, kekurangan bahan bantu
mengajar. Kekurangan bahan bantu mengajar akan menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar. Contohnya, bahan utama
yang di perlukan semasa subjek Geografi adalah peta. Sekiranya guru tidak mengunakan
peta sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sudah
pasti akan menimbulkan kesukaran kepada pelajar untuk mengetahui sesuatu tempat
yang diterangkan oleh guru. Hal ini akan mengambarkan bahaawa guru tersebut tidak
dapat mengaplikasikan alat atau bahan bantu mengajar tersebut dengan baik
semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Malah, hal ini juga
turut mendatangkan masalah kepada pelajar kerana pelajar tersebut tidak dapat
memahami subjek yang diajar dengan baik.
Seterusnya, penggunaan bahan bantu
mengajar yang tidak bersesuaian dengan pemikiran pelajar. Penggunaan alat bantu
mengajar yang tidak bersesuaian dengan peringkat umur pelajar menyebabkan
pelajar mengalami masalah untuk memahami sesuatu topik yang diajarkan
kepadanya. Sebagai contoh, pelajar tingkat satu yang memiliki tahap IQ yang masih
rendah diberikan tugasan untuk mentaksir
sesuatu bahan reptika sudah pasti mendatangkan masalah kepada dirinya kerana keupayaannya
tidak sampai lagi pada tahap yang sepatutnya. Oleh itu, guru mestilah bijak dan pandai dalam
memilih bahan yang bersesuaian dengan keupayaan pemikiran pelajar supaya sesi
pengajaran dapat berjalan dengan lancar.
Secara keseluruhannya, alat bahan
bantuan mengajar ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan kelemahan.
Sekiranya dilihat dari segi kelemahan sebenarnya banyak berpunca daripada sikap
guru itu sendiri. Hal ini bermungkinan disebabkan oleh guru tersebut merupakan guru
pelatih ataupun guru yang bukan pakar dalam sesuatu bidang tersebut untuk
mengajar. Oleh itu, dalam era pembangunan yang canggih ini, guru haruslah bijak
dalam memanfaat kemudahan kemajuan teknologi dengan sebaiknya agar dapat
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
MENGAPA BAHAN BANTU
MENGAJAR DIPERLUKAN
Bahan
bantu mengajar merupakan satu bahan yang membantu dalam rangsangan dunia
pelajar dan guru bagi menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovatif. Bahan bantu
mengajar ini terdiri daripada beberapa kategori iaitu media elektonik dan juga
bukan elektronik.
Antara sebab bahan bantu mengajar
diperlukan ialah bertujuan untuk memudahkan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran bermaksud sesuatu tugasan dan
aktiviti yang diusahakan bersama guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah
dirancangkan oleh guru secara sistematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar bagi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, seseorang guru
yang berpengetahuan luas sudah pasti akan menggunakan bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pengunaan bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru mestilah dapat memberikan impak yang mendalam kepada setiap
pelajar. Hal ini supaya pelajar dapat mengingati apa yang dipelajari dalam
jangka waktu yang lama tentang bahan
bantu mengajar yang mereka lihat. Penggunaan bahan bantu mengajar tentunya akan
meningkatkan daya tumpuan semasa belajar. Guru tersebut hanya perlu memberikan
penerangan kepada alat bahan bantu mengajar tersebut. Dengan penggunaan bahan
bantu mengajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lebih
mudah.
Seterusnya, bahan bantu mengajar
juga diperlukan bagi mewujudkan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dan
pelajar. Melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang dibuat oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran pasti akan memudahkan guru dan pelajar untuk
berinteraksi antara satu sama lain. Guru akan memberikan peluang kepada pelajar
untuk mengemukakan pendapat sekaligus menjurus kepada komunikasi dua hala
melalui proses pertanyaan soalan.
Bukan itu sahaja, bahan bantu
mengajar juga dapat menjadikan proses pengajaran menjadi lebih menarik. Hal ini
dapat dilihat melalui penggunaan bahan media elektronik seperti kad huruf dan
kad suku kata semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Cara ini membolehkan
guru mengukur keupayaan pelajar sama ada
mereka ‘celik huruf’ atau ‘buta huruf’. Melalui penggunaan bahan bantu
tersebut, guru dapat mengenalpasti keupayaan setiap pelajar dan memastikan para
pelajar bersedia untuk meneruskan pembelajaran ataupun tidak. Dalam memberikan
pengalaman baharu kepada para pelajar pula adalah dengan menjadikan pengajaran yang disampaikan oleh guru menjadi
menarik sehingga pelajar berasa seronok
dengan cara yang ditunjukkan oleh guru mereka.
Akhir sekali, bahan bantu mengajar
juga diperlukan bagi membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata
pelajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahan bantu mengajar boleh
digunakan dalam menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran. Antaranya ialah seperti media elektronik dan bukan
elektronik. Penggunaan bahan bantu mengajar membolehkan pelajar untuk memahami
dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan. Penggunaan bahan bantu
mengajar juga turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi
pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria. Antaranya ialah melalui
pengunaan deria sentuh, deria penglihatan dan deria pendengaran. Melalui
pendekatan berikut, proses pemahaman terhadap penulisan dan perbendaharaan kata
melalui pembacaan dapat dipertingkatkan.
KESIMPULAN
Penggunaan alat bantu mengajar berkemampuan dalam
memberikan pengalaman dan pandangan yang sama serta tepat tentang sesuatu
konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu, pencapaian para pelajar
akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu mengajar. Hal ini
kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara
tidak langsung dapat memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga
dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu
isi kandungan dan pada akhir proses
pengajaran dan pembelajaran.
Comments
Post a Comment