Posts

PENGENALAN

Blog ini dibina sebagai salah satu tugasan kumpulan bagi kursus BMK3033 (Keterampilan Membaca). Blog ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan idea baru kepada para pendidik atau bakal para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bahan Bantu Mengajar merupakan perkara yang penting dalam sesi pengajaran di sekolah. Hal ini demikian kerana, alat ini boleh membantu guru untuk memantapkan sesi pengajaran. Semoga pengisian di dalam blog ini dapat membantu para pembaca yang mengunjungi blog ini. :)

PAMERAN AHLI KUMPULAN

Image
Berikut adalah merupakan hasil kerja daripada kumpulan kami yang menggunakan teknik KWL dalam proses pengajaran di dalam kelas. Modal yang hanya di keluarkan hanya RM23.50 sahaja. Teknik ini kami gunakan kerana mudah untuk mengesan dan mengetahui tahap pengetahuan yang sedia ada pada murid sebelum sesi pengajaran di dalam kelas bermula. 

SEWAKTU PAMERAN

Image
Berikut adalah gambar sewaktu  pameran  dijalankan. Gambar ini merupakan  bukti bahawa kami menjalankan satu pameran dibawah subjek BMK 3033- Keterampilan Membaca. Setiap kumpulan akan dinilai oleh pelajar dari kumpulan lain dan penilai yang kedua adalah pensyarah khusus keterampilan membaca. Dalam setiap kumpulan yang mempunyai 6 orang ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing sewaktu pameran dijalankan.  3 orang ahli kumpulan akan menilai hasil kerja kumpulan yang lain berdasarkan bebrapa kriteria yang telah digariskan oleh pensyarah. Manakala, 3 orang ahli kumpulan pula  akan membentangkan hasil alat bantuan mengajar yang disediakan kepada para penilai. Hasil pemarkahan akan di nilai berdasarkan kriteria- kriteria yang telah ditetapkan. Penilai yang terakhir ialah Prof. Dr. Dahlia Janan sebagai pensyarah khusus ini. 

BAHAN BANTU MENGAJAR

Image
Muka Hadapan BMK3033 KETRAMPILAN MEMBACA TAJUK TUGASAN Bahan Bantuan Mengajar (Laporan Bertulis) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK MIMI FARHANA BINTI MOHD YUSOFF D20151071252 SHAIDATUL FIRZANAH BINTI ROZAIMI D20151071256 AZLINDA BINTI SUHAFA D20151070449 NOR HASLYNDA BINTI LILIE D20151070466 NOR EZATIE BINTI ISMAIL D20151070483 NURUL JANNAH BINTI ROSLAN D20151070439 KUMPULAN :  A NAMA PENSYARAH:  PROF MADYA DR DAHLIA BT JANAN TARIKH SERAH:  1 MEI 2017        DEFINISI Alat bantu mengajar boleh ditakrifkan sebagai sebahagian daripada media pengajaran. Hal ini kerana ia berperanan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Perkara ini dapat dilihat melalui penggu...

KERTAS KERJA PAMERAN

Image
KERTAS KERJA PAMERAN INOVASI DAN KREATIVITI BBM BACAAN  TARIKH 09 Mei 2017 TEMPAT Blok 8 Aras bawah Bilik Kuliah 4 ANJURAN Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033)   Semester 2 Sesi 2016/2017 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan daripada pihak universiti untuk melaksanakan pameran. i.  Untuk mendapatkan kelulusan melaksanakan pameran. ii.  Untuk memudahkan pengorganisasian sesebuah pameran dijalankan. 2.0 PENGENALAN Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri mengenai bahan bantu mengajar. Di samping itu, pameran  ini juga  dibentuk bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang...